ISKANDAR PUTERI, 19 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga RON95 meskipun berlaku lonjakan mendadak harga minyak mentah di pasaran global susulan ketegangan geopolitik melibatkan Iran dan Israel.
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam serangan udara Israel ke atas wilayah Iran baru-baru ini, menyifatkannya sebagai tindakan “punitif” dan “tanpa provokasi” yang mencabuli undang-undang antarabangsa serta menggagalkan usaha diplomatik.
PUTRAJAYA, 18 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menghidupkan semula semangat membaca.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berterusan mencari pendekatan baharu bagi meningkatkan kecukupan pendapatan persaraan rakyat Malaysia.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa bersama kementerian untuk menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan yang kini menjadi salah satu cabaran utama yang menjejaskan kehidupan rakyat.
KUALA LUMPUR, 17 JUN: Malaysia perlu menyesuaikan dasarnya, mempunyai institusi kukuh dan mengekalkan hala tuju jelas untuk mencapai matlamat menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk membubarkan Kementerian Ekonomi buat masa ini dan sebarang pelantikan menteri baharu hanya akan diputuskan pada waktu yang bersesuaian.
LUMUT, 15 JUN: Kerajaan belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerana ia akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan miskin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 14 JUN: Kerajaan memperuntuk RM30 juta bagi membolehkan organisasi media beralih ke arah digital sekali gus memastikan dunia kewartawanan tidak ketinggalan.
KUALA LUMPUR, 14 JUN: Kerajaan buat kali pertama mengumumkan pengecualian pembayaran levi latihan kepada semua institusi pendidikan swasta selama setahun bermula 1 Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya laporan siasatan lengkap mengenai insiden kebakaran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras baru-baru ini disediakan segera.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Malaysia akan menghantar wakil bagi menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu depan, yang bertujuan membincangkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.
MELAKA, 12 JUN: Kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan kepada bidang kritikal yang berupaya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pembangunan negara secara menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MELAKA, 12 JUN: Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selaras dengan agenda transformasi TVET yang sedang giat dilaksanakan.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pasangan suami isteri yang masing-masing lumpuh akibat serangan strok.
PUTRAJAYA, 7 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerjasama lebih kukuh antara negara Asean dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza.
KUALA LUMPUR, 2 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bijaksana sentiasa menjadi lambang keluhuran dan penyatuan negara.
KUALA LUMPUR, 2 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa perpaduan nasional bukan lagi satu pilihan, sebaliknya menjadi keperluan utama untuk memastikan kelangsungan pembangunan negara.
KUALA LUMPUR, 1 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahan ruang udara negara.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.